Last Yr.

Ini agak menyedihkan. Apabila, kita mengharapkan zaman kegemilangan kita berakhir dengan kejayaan. Malangnya, tidak. Malah berakhir dengan kesedihan. PAK DOWNNNNN.

Yep, sila berjalan di dalam kasut saya and you will know how it feels. oh yeah yeah yeah uh.

SADNESS STRIKES !

On that day, memang agak berterabur lah. Keluar padang je, menangis. Aku sorang je kot. cause im not sa-tis-fied. Yang lain semua boleh pula bergambar. Idk why, rasa nak pengsan je masa tu sebab rasa jantung nak tercabut dah. But no one cares. Lama lama ok lah sendiri.

Bla bla bla. Pastu jumpa, syera fais ajrun hafiz epul aida amira qama shah tuan taufiq tuan mael cikgu azrul syafiq nadia ramai lagi ah. Majoriti member krs je. Terubat rindu ;)

Majlis Penutup. Bomba Lelaki & Perempuan dapat Johan. Alhamdulillah and congrats for them :) Bila nak announce KRS Perempuan, memang nervous. Aku genggam tangan fatin kat sebelah aku. Jantung dah tahap atas kencang dah. Aku kosongkan minda aku masa tu. Aku tak nak harapkan apa apa, so aku tak sedih sangat nanti. Aku pejam mata aku bila emcee umumkan tempat ketiga. Pam ! "SMK Seri Permaisuri!" Aku tarik nafas panjang, aku tak sangka sekolah lama aku mendapat tempat buat pertama kalinya. Aku pejamkan mata aku lagi masa emcee nak umumkan naib johan. Sekali lagi jantung aku nak jatuh bila disebutnya "SMK Aminuddin Baki". Ameer kat depan dah berpaling ke belakang pandang aku sambil menggelengkan kepala dia dan bersenyum sinis. Aku faham apa yang cuba disampaikan. Aku tunduk, rasa nak jatuh je masa tu. Aku dan fatin langsung tak bercakap. Masing masing terkedu. Hinggalah emcee mengumumkan Johan bagi kategori KRS Puteri tak lain tak bukan johan setiap tahun berturut-turut SMK Puterijaya. Aku dengan Fatin diam lagi. Masing-masing tak bukak mulut. Sampai lah emcee cakap "Majlis Bersurai"

Yang menang, bersorak gembira. Yang tak ni, menahan air mata. tapi takleh gak. terjurai jurai air mata bergenangan. huhu malas nak cerita lebih (tsk asyik malas je aku ni) nak balik ke tempat kem tu, sepanjang tu jalan dengan abang aman. (ehem date kejap huhuhu) menangis nangis date dengan abang aman. dan dia rakam sepanjang aku nanges tu, thanks abang aman --" hahah abang aman bagi nasihat, dia bagi semangat. tersenyum aku balik. terima kasih abang aman ! he knows me well. lama jugak aku kenal dia, since form 2.
and abang aman belanja air hohoho tu pun sebab pau dia -.- pastu dia ikut lah aku sampai ke kem, pastu itu la last aku jumpa dia. taktau lah lepas ni jumpa lagi ke tak. he inspire me a lot :)

itu sahajalah, terima kasih. ilmu iman amal !

2011 teeheee :D

uuuu seram sejuk

assalamualaikum haa lama betul gua tak update ni haha al maklumlah calon spm (acah acah study padahal kurr) ok sebenarnya memang taktau nak update apa pastu cam tetiba nak update benda seram lak hahah jengjengjeng takdelah seram mana, benda yang selalu berlaku kat sekolah yang berasrama.

ok lets begin. kalau cakap asrama selalu sinonim dengan histeria. bila cakap histeria mesti sinonim dengan asrama puteri. yela takkan asrama putera kot, cam tak penah je dengar cite asrama putera kena histeria. kalau ada pun meh bagitau aku pastu aku nak gelak kat depan muka jejaka jejaka gagah tu haha heh --" tapi yang berlaku kat asrama aku ni bukan histeria, betul betul kena rasuk atas buatan orang lagi advance ok. haha yang histeria pun ada gak, tapi tak kecoh ah. kitorang yang mpp lah handle sendiri.

pernah sekali tu tengah solat maghrib berjemaah kat surau. macam biasa budak2 perempuan yang datang bulan ni duduk kat tingkat atas, sebab tanak buat bising ganggu jemaah. so mase tengah tahiyat akhir tu, tetiba dengar budak jerit kat tingkat atas. memang satu surau dengar yes its mean budak lelaki kat depan pun dengar lah. masa tu tak fikir ape pun lagi, ingat senior2 ni tergedik2 jerit malas nak layan. pastu tetiba dengar jerit lagi, lain macam dah jeritan tu. masa tu macam biasa lah ustaz ja jadi imam kan, zikir lepas solat. masa tu tengah baca ayat kursi. budak tu kat atas makin kuat menjerit. ayat kursi yang perlahan tu makin lama makin kuat kitorang baca. masing2 dah tahu apa yang tengah berlaku. pastu ppi dah bawak turun budak tu masuk bilik ppi. bilik ppi lak belakang je tempat saf aku, seram bai. masa tengah kitorang zikir2 tu, dorang dalam bilik ppi dah baca yassin sume. memang satu surau pun dengar la. tapi ustaz teruskan zikir sampai lah bacaan doa macam biasa. aku dah meremang da sebab dengar budak tu jerit2. adoii habis je bacaan doa sume budak lelaki macam bising2, yela nak tau ape terjadi di sebalik tirai. hahah pastu habis solat sume budak tu pun dah ok kot. ppi panggil ustaz ke belakang, tempat jemaah puteri, ustaz jumpa budak tu, elok lak budak tu. haih tak paham aku. ada sekali ni budak yang sama lepas kejadian tu , habis prep petang tu da dengar da orang baca ayat kursi dari dorm aku. naik2 budak tu, 2 3 orang pegang dia. dia macam tak tentu hala. aku malas nak tolong, aku penat masa tu. hahah jahat betul aku ni. terus aku pegi mandi siap2 nak turun makan. lama2 budak tu elok balik.

erm ada satu kes ni. memang penat weh lagi2 warden,mpp. sampai 3 pagi kot. tu pun tak setel lagi, mak ayah dia bawak gi darussyifa'. budak ni bukan histeria kot, rasuk. hahah takut bai. masa tu dah light off kot. budak2 ni jerit mpp mpp. dorm angkat aku lak. aku pun berlari la naik. tengok dorang dah kecoh2. fatin lak tengah baca surah ape tah kat budak yg kena rasuk tu. budak yang kena rasuk tu lak dah terbaring da meraung pe semua. aku nanges tengok keadaan camtu. sebab sebelum tu aku ada pegi dorm dorang, semua elok je takde masalah, gelak2 dengan dorang tu semua. pastu baru bape minit tetiba jadi camtu. mau aku tak nanges. pastu kitorang panggil warden. ramai gak warden naik. hahah pastu kitorang suruh lah yang budak2 dorm tu tido dorm sebelah. pastu suami one the warden ni take over. dia memang alim kot ? gua rasa dia reti berubat. habis dorm basah. budak tu kena simbah air la ape sume. pastu mpp2 ni pun terlibat gak dan beberapa budak nak cukupkan 30 orang, cikgu suruh kitorang baca yassin ramai2 dalam dorm tu. penat sumpah penat. masa aku baca yassin tu, memang seram ah dengar budak tu jerit2. pastu aku dengar ada orang nanges sebelah aku. tengok sebelah aku biha tak nanges pun, elok je baca yassin. pastu aku cam err imaginasi aku. aku buat dono jelah, baca je yassin. memang lama gile nak reda. pastu dah pukul 3 pagi, mak ayah budak tu sampai bawak gi darussyifa'. dorm tu terbiar je berlampu sampai pagi. kitorang pun balik lah dorm dengan kepenatan dan ngantuk. pagi tu semua cam penat gile ~~

lagi satu kes ni budak dorm aku sendiri. hahaha tak gile lagi. yang budak kena lak, budak katil berhadapan dengan aku. hahah tu main gile. firstly masa tu baru habis prep malam. dorm aku tak ramai lagi orang, ada 3 orang je baru. yang lain semua ada kerja masing2 kat bilik warden. masa tu kawan aku tu masuk dorm cabut tudung pe semua terus baring atas katil dia tutup muka. aku kat loker aku lak cam pelik je tengok dia tetiba camtu. aku biar jelah buat kerja aku. pastu tetiba dia panggil aku, aku gi la kat dia. dia suruh aku genggam tangan dia. aku pun cam err ok aku genggam. pastu aku diam jela. aku tengok je dia. muka pucat lesi habis, dia ni memang sentiasa pucat. tangan dia sejuk sangat dan menggigil. aku cam alamak ape aku nak buat ni. aku pikir dia tak sihat je masa tu. pastu dia tetiba cam mengerang. aku lak adoiii asal lak ni. dah lah masa tu kitorang dua je dalam dorm yang luas tu --" yang lain tak balik lagi. so aku cam tak sedap hati, tetiba dia cakap dia takut. aku kuatkan la semangat dia, aku baca ayat kursi dalam hati, pendinding diri --" hahah pastu ony lak sampai, pastu ony pun join aku. pastu dah ramai da sampai. ramai dah tolong. aku pun macam lega sikit hahah pastu macam kecoh sikit lah, pastu pah gi lari bilik warden suruh mpp lelaki panggilkan ustaz ja. rumah ustaz ja memang kat atas bukit sana, jalan nak naik bukit tu gelap kiri kanan hutan. takde lampu langsung. mana2 director yang nak jadikan situ tempat penggambaran filem hantu boleh lah datang ye. hahaha so dengar cite bdk laki mpp wan harith dengan mega berlari dengan gagahnye ke rumah ustaz ja, berani betul. terharu kejap, haha kejap jela. pastu mama noor dtg dorm kitorang. mama noor lak handle. haih pastu tak lame mak ayah dia jemput. seram gak, dia tak kena rasuk sebenarnya, cuma dia tgh lemah semangat sebab dia nampak benda tu merangkak2 kat dia. dia kata lah nampak perempuan tua rambut panjang. adoiii seram aku haha wallahualam. so aku pun nak tido kekadang terpikir lak kejadian tu. rasa cam  errr hahaha dah ah depan katil aku je == k blok aku tu memang seram sikit, sebab tu blok mpp, ada dua dorm je. selebihnya 2 rumah warden tak berpenghuni, dan kat aras bawah bilik bacan, stor dengan rumah warden. so

so tu je ah kot, sebelum ni pun ada gak tapi malas nak cite. penat dah type. haha konklusinya, ni semua kerja syaitan. syaitan bertopengkan manusia pun boleh gak. hahah so solat jangan tinggal, kebersihan kena jaga. lagi lagi duduk asrama ni, jaga sangat iman tu. busy mana pun study stay up sampai 2 3 pagi. nasihat untuk diri sendiri dan semua T__T sob sob.

SPM !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
argh esok dah balik asrama, ekspedisi ilmu. cuti ni betul2 gua rehat. so lepas ni dah takde istilah rehat dah kat sekolah. huahuahua. sacrifice ! hehehe bye ;)

bang.


 so yeah.