*updated, tukar gambar. KPM baru update web semakan.
Fuh penat mengemas bilik pengawas baru tadi dengan Shah MingHo Nadia Kak Wawa & Teacher Hafizah :) Budak form 1 tengah ber-orientasi kat dewan, kitorang selamba je angkut meja lah almari lah buat bising. Bak kata Shah "nampak sikit kita buat kerja" Hahaha
Then tengah aku syok mengelap almari yang berhabuk segala bakteria ada tu, call la Cikgu Azrul sebab cikgu dah 2 kali call aku tapi aku tak angkat *tibai kredit shah* Haha
Cikgu Azrul cakap aku dapat teknik KL , sempat lagi dia selit nak bahan aku "yela saya cakap dengan cikgu teknik tu suruh amek awak, malu la sebab permai asyik kalah kawad en" Adoi aku gelak jela . Haha pastu Cikgu cakap aku dapat mekanikal & tak dapat asrama. Aku pun macam lolwut. Kenapa Mekanikal. Kenapa tak dapat asrama. K pi lantak lah kan.
Masa tu dah taktahu nak happy ke sedih. Perasaan bercampur aduk. Sedih nak tinggalkan SMK Seri Permaisuri, kawan kawan cikgu cikgu. Happy sebab dapat teknik KL. BENCI LA MACAMNI -.-
Then buat kerja semua slowmotion je, sedih sebab aku tak dapat nak merasa duduk meeting buat aktiviti etc dalam bilik pengawas yang baru. Tak dapat nak merasa pakai kain pelikat untuk hari jumaat. Tak dapat nak merasa belajar syllabus form 4 dengan kawan kawan :(
Dah balik rumah, dapat message dari iya, dia bagi link semakan permohonan teknik.
Tu dapat kejuruteraan awam , konfius dah aku dengan Cikgu Azrul ni. Haha pape pun, aku bersyukur sebab aku dapat. Aku tahu yang tak dapat tu, mesti sedih kan. Tapi orang yang dapat ni, lagi sedih sebab kena tinggalkan sekolah kawan kawan.
Okay till then , bye :)