ESR

Assalamualaikum. Haaaai lamanya tak update, maaflah busy :P

So harini nak cerita pasal ESR. "Apa itu ESR ?" ESR stands for Exco Sukan Rekreasi :D "Exco untuk apa ni ?" Yea Alia mpp pelatih kat sekolah dan itu exco alia. "MPP tu apa pulak ?" MPP tu majlis pemimpin pelajar , kalau kat sekolah biasa dipanggilnya pengawas. tapi kat teknik kl dipanggilnya MPP. tapi kerja dia lebih sikit daripada pengawas, sebab kena bertugas pada pagi petang dan malam :) "Ohh"

Okay tamatlah cerita di situ xD

ESR tahun ni ketuanya Daus, KE (ketua exco) yang berkaliber tau haha. Buddy dia Sheikh dengan Farid Haziq. PKE pulak Kak Nasha ! Buddy dia Alia dan Afifah. Kitorang dua sayang sangat dengan kak nasha ni, sebab baik sangat, dah la pandaiiiii, lawa pulak tu haha. Exco kitorang sebenarnya exco yang paling tak banyak kerja dalam mpp. Kalau korang datang tikl, petang petang ada announcement suruh berhenti riadah tu kitorang la. And kalau sabtu malam korang bosan bosan, datang la dewan, kitorang buat tayangan, bayaran masuk 50sen je :) Awal awal tahun yang handle untuk Kejohanan Antara Dorm tu pun kitorang, aktiviti untuk hari guru pun kitorang. So kerja kitorang banyak kat function2 besar je. Eceh ayat tak boleh tahan.

Junior ESR ni ada 9 orang. Latep, Pino, Amirul, Aimanul, Sheikh, Adib, Alia, Afifah & Atika. Yes perempuan tiga orang je. So haritu jamuan ESR, best sangat kenakan senior haha. tapi awal awal tu dorang la yang kenakan kitorang. Tu dikira nak turunkan jawatan kat junior. First kitorang kena duduk kat dataran bestari kawad bomba tu. Duduk, tutup mata. Dorang punya lah psiko habis, sambil tu kotorkan kitorang dengan tepung, air tepung, air tanah. Dah macam cekodok kitorang masa tu :P tinggal nak goreng je. Hahah Then depan setiap orang ada belon. Kitorang kena tiup belon sampai pecah sebab dalam belon tu ada jawatan masing masing. Aku dah la takut nak pecahkan T__T Tiup punya tiup sampai pecah, aku dapat jawatan PKE. Dan KE aku Latep, PKE Lelaki pulak Pino. Afifah jadi setiausaha. Agak terkejut jugak, sebab aku tak expect dapat pape. Yelah aku ni bukannya bagus sangat buat kerja ==

Tapi tu semua belum tentu lagi, belum tentu aku jadi mpp. Ketentuan aku bila dapat surat pemberitahuan dorm. Kalau dapat dorm mpp, kira dapat la tu. Kalau tak, say byebye la kat ESR :) Haha pape pun, aku rapat dengan budak budak exco ni berbandingkan budak squad. Taktau nape. Nasib baik kitorang semua ni di kira satu kepala lah jugak, lagi lagi aku dengan Latep :P Dia tu dah la kuat bebel, tahun depan aku tadah telinga jela kat dia. Hahaha sorry latep :P

Next year mesti rindu senior ESR ! Sebab kitorang pun rasa tak mampu lagi nak handle sendiri tanpa senior, rasa macam masih perlukan bimbingan tau T_T huuu senior dalam gambar bawah ni sikit je, ramai lagi sebenarnya :)