Adios Amigos May --

Oh hye awesome creatures.
Harini hari Jumaat, dah masuk bulan June. So yeap, Happy June everyone.

Ohh budak permai pergi camping haritu. JEALOUS WEHHH JEALOUS. Best tengok gambar gambar dorang kat sana dengan cikgu2 semua, they had so much fun. Kalau aku tak pindah mesti aku join dorang. Menyesal lah pula pindah teknik KL ni.

Kalau aku tak pindah, takde la aku terseksa jiwa dan raga duduk teknik KL dengan nak biasakan diri kat asramanya, dengan culture shock-nya, dengan tempat barunya, dengan tak kenal sesiapanya, dengan pelajaran barunya, dengan cikgu barunya. At first aku memang suka, yelah kan suasana baru, muka baru. Lama lama, sakit. Macam-macam dugaan kena hadapi. Setiap gerak geri kita diperhatikan, dikongkong rasa. Rimas. Stress. Sampai kita memberontak, rasa tak kisah nak buat apa and lantak la orang nak cakap. And masa tu la, people will judge and label macam-macam. Kalau kau tak kuat, masak la kau kena tak pun kau dah pindah keluar dah.

But don't worry, semua tu kejap je. Lama lama we all get to know each other, baru kenal hati budi and baru lah "ohh dia ni baik rupanya" So yeah.

Bila kita sakit macam demam or whatever , ada je kawan yang caring bagi ubat semua. Tapi bila nak tidur tu, boleh basah lencun bantal sebab menangis. Yela kalau demam je, umi mesti jaga, selimutkan and letakkan cool fever. Kat asrama mana ada, selimutkan diri sendiri je, letak cool fever sendiri je. Hahah sorry manja.

Hmm so there's a week to go. Start sekolah nanti, aku ada seminggu je kat sekolah. Then 17th June aku akan terbang ke Sabah for a week :D weeeeeeee camping krs. Hoping that everything will be fine, insyaAllah.

Oh ya, I miss this guy, Cikgu Azrul !!
Cikgu cikgu lain pun aku rindu :')
Puan Fauzirah, Puan Hayati and so on..