Hiiii !

Hyeeeeeee. Lamanya aku tak update blog, agak agak cukup 1 dekad tak. kur kur kur.
Anyway, macam maaaaaaaaaaaaacam aku nak cerita ni.  :) 

Anyway, let's begin. First of all pasal 4 Civil 1.
Wuuuuuhuuuu, kelas paling gila memekak bajet-awesome dan lain lain sewaktu dengannya. Semakin hari semakin gila gamaknya mereka ni. Haha. Tahun ni rezeki kitorang banyak kot, cikgu asyik bawak kitorang keluar je. Sampai kelas lain menunjukkan 'ketidakpuashatian' mereka dengan anti kelas kitorang. Haha okay that sounds funny. Aku dengar pun macam nak tergelak. Senang cerita dorang jealous je, fullstop bye lololol. Untuk mid-term, 4A1 kelas terbaik dalam tingkatan 4 dengan point tertinggi antara kelas lain. Point kitorang takde la tinggi mana, tapi we have done our best and we did it :) Pastu haritu skuad 3K ada bagi anugerah deko deko kelas, aku dengan Anisa Mar semua dah macam konfem kelas kita tak dapat, sebab kelas dah macam sarang tikus pun ada, so macam dalam mimpi je la. Tapi keajaiban yang tidak disangkakan telah berlaku, kelas kitorang dapat anugerah tu untuk bulan Julai. Hahahaha satu kelas tergelak dengar weh, haha biarlah. So, nampak tak permainan dia di situ. Hahah anyway, kelas 4A1 ada 2 orang koperal krs iaitu Vivi & Roq , sorang lans koperal krs iaitu Su Aida. Hahah tabik ah sikit weh, sado sado mereka ni. xD pastu pastu majlis tertinggi untuk kokurikulum untuk form 4 dah dilantik, so dalam 4A1 ada president sofball - amira, president kpj - fareez, vice pres kpj - amira, bendahari bomba - laila, bendahari krs - roq, s/u krs - vivi, vice pres bomba - yam, vice pres krs - me :) look how awesome we are. hahah jk. see... my bestfriend vice pres bomba, and aku pun vice pres krs, tahun depan tengok eh bomba puteri and krs puteri unite. hahah   lolol. and now dah nak akhir tahun, semua dah sedih sebab semua tahu tahun depan mesti berpecah :') dah rombak kelas kan, haih redha je kalau dapat satu kelas dengan orang yang kita tak gemar nanti. well thats all maybe :)


Okay next, its about krs. 
Aku baru balik dari Sabah bah pada hari Rabu lepas. Haha kem perdana krs kebangsaan. Kadet puteri kontijen KL dapat naib johan untuk pertandingan kawad for the first time :) And I'm so proud of kak rosila, them and myself !! :D congrats people ! kita naikkan nama wilayah persekutuan kuala lumpur :') aku duduk sana 6 hari, penat jugak lah. kat sana pukul 6 pagi terangnya dah macam 7 pagi kat kl. memang blur la, bukak khemah terang, tengok jam pukul 6, tengok luar semula aik terang, tengok jam pukul 6 dan kak alia amira pun tengok aku mamai lalu lempang ku serta merta. haha jk. then ada satu hari tu kitorang di bawa melawat muzium sabah, aku rasa kitorang banyak membuang masa kat sana. takyah bawak kitorang pergi sana pun takpe. haha then kitorang dibawa ke pasar filipina. kalau korang nak pergi sana, bawak duit banyak sikit. serious rambang mata. haha aku sempat la beli buah tangan untuk family dan kawan kawan aku yang kat tikl tu. then, ada lah aktiviti kebudayaan untuk 3 malam. jurulatih buat battle of the dance. kitorang belajar menari tarian tarian dari sabah, sumazau lah igal igal lah ape tah lagi aku lupa and semua orang merasa naik pentas kena menari. battle of the dance kan ? haha negeri lawan negeri. tapi memang enjoy jugak lah :) then aktiviti station, ada permainan tradisional, kembara, orienteering, ikhtiar hidup, ikatan dan simpulan dan bantu mula. Aktiviti station ikut group integrasi, group integrasi ni campur campur dengan negeri lain. Aku dapat group KA-P2, group ni dapat tempat naib johan dalam permainan tradisional je. Yang lain tak menang pun. hahah takpe. Yang penting semua kontijen KL dapat sijil :) alhamdulillah. so bila dengar  lagu anak kampung je aku rindu kem ni. haha, dah dah :')

and lastly, about myself :)
erm, later.. :p hehe bye.